Friday, August 29, 2014

TATACARA PERHIMPUNAN MINGGUAN

TATACARA PERHIMPUNAN MINGGUAN

**Semua murid diminta untuk berdiri dengan senyap.**

**Perhatian kepada semua murid, perhimpunan akan dimulakan sebentar lagi, sila bersedia dan senyap.** (ulang 2x)

**Mengumumkan ketibaan En. Zainudin bin Kasmani, Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah 2 dengan diiringi oleh barisan Guru penolong Kanan**

***Assalamualaikum*** Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Yang Berusaha En. Zainudin Bin Kasmani Guru Besar SK. Taman Tun Aminah 2,
Yang Dihormati Pn Hajjah Sa’diah bt Kipli, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Saliha bt Ja’afar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Mohd Khusairy b. Ahmad Rashid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, barisan pengawas serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kerana dengan izinNya, dapat kita berhimpun pada pagi yang barakah ini.

Sebagai pembuka tirai majlis, dipersilakan …………………………. dari kelas ………. untuk bacaan doa. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan. Seterusnya, majlis mempersilakan …………………………... dari kelas ………….. bagi mengendalikan acara nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Diharapkan rakan-rakan dapat menyanyikan lagu dengan bersemangat serta mengikut rentak muzik. Sila berdiri tegak, kaki rapat, tangan rapat di sisi dan pandang ke arah bendera yang dinaikkan.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya, majlis mempersilakan ………………………….. dari kelas …………… untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Cikgu ………………….. wakil guru bertugas pada minggu ini bagi menyampaikan laporan minggu lepas dan ucapannya. Dipersilakan.
            Terima kasih diucapkan.

(***) Seterusnya, majlis diserahkan kepada Encik/Puan/Tuan/Cik ………………………………….. Dipersilakan.

(***) Seterusnya, majlis diserahkan kepada Encik/Puan/Tuan/Cik ………………………………….. Dipersilakan.

            Terima kasih diucapkan. Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya mempersilakan :
·         En. Zainudin Bin Kasmani, Tuan Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2
·         Pn. Hjh Sa’diah bt Kipli, GPK Pentadbiran Sk Taman Tun Aminah 2
·         Pn. Saliha Bt Jaafar, GPK Hal Ehwal Murid SK Taman Tun Aminah 2
·         En.Mohd Khusairy b. Ahmad Rashid, GPK Kokurikulum SK Taman Tun Aminah 2
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan/puan.

            Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ……………………………. di atas ucapan dan nasihat beliau itu tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan …………………………... dari kelas ………….. bagi mengendalikan acara nyanyian lagu Negaraku. Diharapkan rakan-rakan dapat menyanyikan lagu dengan bersemangat serta mengikut rentak muzik. Sila berdiri tegak, kaki rapat, tangan rapat di sisi dan pandang ke arah bendera yang dinaikkan.

Sebelum bersurai, marilah kita bersama-sama membaca tasbih kifarah dan surah Al-A’sr. Untuk itu, majlis mempersilakan ………………………………….. dari kelas ……………………… bagi mengetuai bacaan.

            Berakhirlah sudah majlis perhimpunan kita pada pagi ini. Sekian, terima kasih.

IKRAR


UP
KAMI, SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA,
BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA
DAN USAHA KAMI
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT
BERDASARKAN ATAS
PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

UP
DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN

AL- FATIHAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 
 وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Rahman,
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini, bagi melahirkan rasa kesyukuran kami terhadapMu. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu yang melimpah ruah.

Ya Allah, Ya Karim,
Kurniakanlah kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan semangat. Bukakanlah hati-hati kami serta lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan bimbingan daripada guru-guru yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikraam,
Jadikanlah guru-guru kami dan pemimpin-pemimpin kami terus berkhidmat dengan istiqamah untuk menabur bakti, membangunkan agama, bangsa dan Negara.

LAGU NEGARAKU

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAHTA

LAGU BANGSA JOHOR

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
NUGRAHKAN IA SEGALA KEHORMATAN
SIHATKAN IA
KEKAL DAN MAKMUR
LUASKAN KUASA MENAUNGKAN KAMI
RAKYAT DIPIMPINI BERZAMAN LAGI
DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

LAGU SEKOLAH

MARI KITA BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA
DENGAN BERSATU PADU DAN SEPENUH TENAGA
BERJANJI SETIA BERKORBAN UNTUK SEKOLAH
MOGA BERJAYA APA DICITA-CITA
JADI INSAN YANG MULIA

PERCAYALAH PADA TUHAN
DAN BERBUDI MULIA
PATUHI PRINSIP RUKUN NEGARA KITA
KUATKAN SEMANGAT CABARAN TEKUN BERUSAHA
WAWASAN SUCI MATLAMAT UTAMA

BANGUNLAH BERSEMANGAT DAN BERWASPADA
BERKENYAKINAN, BERDISIPLIN DAN PENUH ETIKA
MENYAHUT CABARAN DENGAN PENUH KEAZAMAN
KECEMERLANGAN MENJADI KENYATAAN
MENUJU KE WAWASAN 

DOA HARIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
«اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ
وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ»

“Allahumma inni a’udzu bika minal hammi wal hazan waa’udzu bika minal ‘ajzi walkasali wa a’udzubika minal jubni wal  bukhliwa a’udzu bika min ghalabatiddain wa qahrirrijal.”

Artinya: “Ya Allah, aku berlindung denganmu dari ditimpa kesedihan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang”



No comments:

Post a Comment