Saturday, November 5, 2011

Pameran Karnival Gerko - Explore The Wonders of Science!!!

Pada 5 Oktober 2011 yang lalu... Kami PISMP sem 6 telah berjaya mengadakan pameran persatuan maisng2 bersempena Program Karnival Gerko dan Malam Anjung Budi... Terdapat lau x silap 8 buah booth semuanya....Walaupun kami membt persiapan hanya dalam minit-minit terakhir.. alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar...Antara VVIP yang hadir pada hari tersebut adalah.. Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Tn. Hj. Hashim dan beberapa orang ketua jabatan yang lain.. Berikut merupakan sedikit gambar kenangan sewaktu pameran tersebut berlangsung....

 Kak Nana.. antara salah seorang pelajar major Pendidikan Islam yang memberikan ika kuiz di booth PIAQ... Ika berjaya dapat jawab 3 daripada 5 solan jer..ok la tu kan....;p

 Inilah rupanyer suasana di booth Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (PIAQ)
Meriah sungguh.. dorang mmg happening...!!
 This time.. ika di booth Persatuan Pendidikan Khas.. Play doh tu untuk murid-murid Pendidikan Khas main... 
Alang-alang dpan mate.. kami pun try la...hehe;p

 Nampak x rantai manik yang dpegang tu... Murid-murid PK pun blaja sambung-sambung rantai rupenyer.. sebgai terapi...
 Ne plak ika try golkan bola tanpa masuk ke dalam lubang... banyak kali try tp x gol2... ssh jgakla...

 Masih lagi di booth Persatuan Pend. Khas.... antara topeng comey yg dorg hasilkan khas tuk murid PK.. lau nk ikutkan mmg baynak lagi ABM dorang wat tuk murid-murid PK ney.. 

 Tengok2.. mcm lagi kan.. ABM dorg.. Sangat rajin dan kreatif...

Lagi2 booth Pk...;p

 This time ika melawat booth Persatuan Pra Sekolah...Cantik kn gubahan bunga ney...Jangan x cayer.. bdak2 kecik pun blh wt gak tau...

 Alatan muzik yang terdapat... murid-murid pra sekolah mmg suke main alat muzik ney...

Anatar ABM untuk murid pra sekeloah....

 This tyme ika ke booth Persatuan Pemulihan BM... banyak sebenarnya ABM depa ney.. tp ney jela yang ika berjaya ambil...;p

 Ini pula ialah suasan booth Persatuan Matematik....Dorg pun ad mcm2 ABM jgak....

 Yang ini ialah booth Persatuan PJ.... 

 Booth Persatuan Pemulihan BC...

 This is our booth.. Booth Persatuan Sains!!!!!! nampak telescope tu??? serius.. mmg telescope...hargeyer sgt mahal.... Nisha and Abang Sham... tgah menerangkan cara penggunaan kpd Timb. Pengarah...

 Di booth kami jugak ad pameran pengaweta haiwan... dalam balang kaca tu semuanya haiwan yang di awet...;p
Zahhar pulun ney..;p hehe.. tgah explain pasal software angkasa kpd Timb. Pengarah.. mmg menarik sbb kite blh tgk "the universe" termasuklah buruj2.. planet2 lain.. galaxy melalui software tersebut!!

This one, Kak Qila tgah explain tntang sel2 yang boleh dilihat melalui microscope cahaya....terdapat pelbagai slide yang ada.. termasuklah slide sel haiwan.. tumbuhan... slide sperma.. ovum dan muscle pun ad gak....Mmg menarik minat ramai pengunjung...;p

Alhamdulillah semuanya berakhir dengna baik.... Semoge kami dapat menjayakan aktiviti sebegini dengan lbh baik d mase2 akan datang...;p

Thursday, November 3, 2011

Gua Kelam - PeNaT tApI SyOK!!!!

      A trip to Gua Kelam......... GUA KELAM.. merupakan destinasi pilihan kami.. "Geng Perwakilan Pencen" ataupun singkatannya "GPP" hehe... tuk bersama-sama mengembara ... al-maklumlah bila lagi kan nk kumpul sama-sama macam ney lagi... walaupun ramai yang x dapat nk p atas sebab-sebab yang tertentu... Menurut tourism Malaysia puyer website... Sape-sape yang tak faham.. buat2 faham la yer....;p 

"One of the most distinctive caves in Malaysia is a 370-metre long limestone cave near the small town of Kaki Bukit (literally 'foot hill') called Gua Kelam (Cave of Darkness). Located about 33km north of Kangar, the state capital, Gua Kelam Recreational Park is popular for its enchanting 'cave walk' where you can enter from one end of the cave and come out at a different location.
The only path to the cave is via an eight-foot wide wooden suspension bridge. This bridge links Kaki Bukit to the Wan Tangga Valley, a valley on the opposite end of Gua Kelam. Back in 1935, an Englishman saw the water pathway as a brilliant method to transport tin ore from a mine located near the stream entrance through the underground cavern to Kaki Bukit.
Now, locals and tourists make their way through the cave via a brightly lit wooden walkway inside the cave. You can still find remnants of the tin mine operation within the cave. As you make your way through the cave, the whispers of a swirling dark subterranean stream, together with the squeaking bats and dripping water from the stalactites, form a concerto of natural sounds. It sounds a bit spooky, but adds to the mystery of a cave that was was once the home of Stone Age men..."  

Tu dia.....!! 



       Kami ambil masa 3 jam perjalanan untuk masuk ke dalam gua. Memang penat.. serius.. x tipu... Tp dalam gua ney memang indah.. indah dengan air semulajadinya... tanah jerlus yer.. batu kapur yer.. tulisan Cina di dindingnyer tinggalan pelombong bijih timah dahulu... Gambar-gambar berikut merupakan buah tangan kami kepada GPP yang tak dapt nk ikuti ekspedisi pada kali ini....;p



Di hadapan gua...... macam nk shopping pun ad gak..... 

 Di sebelah kiri... ad air terjun..... suasana sangat dingin dan udara pun sejuk jer.......

 Akak 'tourist guide'.... akak ney da 3 kali kuo masuk gua kelam ney.. kami yang beru nek skale ney pun rase penat dah.. ape tah lagi akak ney.... FUHH!!.... dahsyat la kak....

 Terpegun sebentar dengan keindahan gua....struktur yer yang unik.. Subhanallah....

 Laluan ke gua.. selebar dua belah tangan Nazmi... hehe.. Sepanjang laluan ney.. memang terasa angin sejuk...!! Macam angin kt Cameron Hingland

 DA Sampai ke hentian akhir.. dari atas gua ney.. bley nampak semua yang ada di bawah.. agak tinggi jugaklah.. Menurut Encik yang mengiringi kami ney... dia kate.. dulu yer.. kawasan di bawah gua ini adalah laut... sbb penemuan cengkerang siput dan sebagainya... 

 Tahan penat!!! Alhamdulillah sampai jugak ke hentian akhir...

 On The way nk blik dah... Macam ney la rupa dalam Gua Kelam ney.... 

 Ney la.. tulisan cine yang menggambarkan luahan hati pelombong dahulu.. makne di sebalik tulisan ini.. ape ntah.. ???? lupe dh....

 Tangga ooo tangga.... 

 Tangga lagi... walaupun letih tp muke ttap berseri dengan senyuman....;p

BEST!!!......... pengalaman yang menggembirakan hati...;p


We are happy family... i love u guys......


Laporan Pameran Sains dan Matematik (Praktikum Fasa 1 - SK Jitra 3, Kedah)

LAPORAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011


Minggu Sains dan Matematik telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 10 April hingga 14 April 2011. Program ini merupakan anjuran bersama panitia Sains, panitia Matematik dan guru-guru praktikum major Sains dan Matematik sebagai memenuhi syarat berpraktikum.
Perasmian Minggu Sains dan Matematik pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Perasmian bertempat di tapak perhimpunan sekolah dan Encik Abdul Rahman b Ahmad, selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum telah merasmikan Minggu Sains dan Matematik. Sebagai gimik perasmian, Encik Abdul Rahman bin Ahmad memotong tali yang mengikat empat puluh biji belon yang di isi dengan gas helium dan memotong riben yang mengikat kain rentang. Tema bagi Minggu Sains dan Matematik ialah ‘Explore the Wonders of Science and Mathematics’.
Sejurus selepas perasmian oleh En. Abd Rahman bin Ahmad, murid-murid dari kelas 4 English telah menyampaikan persembahan bertajuk ‘Stop that Noise’ bersempena Minggu Sains dan Matematik. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perasmian Minggu Sains dan Matematik. 










           Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya Minggu Sains dan Matematik. Antaranya ialah pameran Sains dan Matematik yang diadakan di Bilik Sains 2, kuiz Sains dan Matematik yang diadakan pada setiap hari sewaktu perhimpunan pagi, pertandingan meneka harga hamper, pertandingan meneka jumlah kacang pertandingan buku skrap bagi murid-murid tahap dua. dan pertandingan mencari benda tersembunyi bagi murid-murid tahap satu.
Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung ke Bilik Sains 2. Pameran tersebut adalah berkenaan dengan pengawetan basah, pengawetan kering, herbarium, cara penggunaan mikroskop, ujian kertas litmus, dan pelbagai aktiviti yang menguji minda seperti menyeimbangkan dua biji garfu di atas mulut cawan dengan menggunakan sebatang mancis, menyeimbangkan tin pada sudut 450 , mendirikan straw dan ‘shining star’ iaitu mencantumkan sepuluh batang mancis menjadi bentuk bintang di dalam dulang yang berisi air dan melihatnya berkembang daripada bintang yang kuncup. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar pameran.