Friday, August 29, 2014

TEKS JURUACARA SUKAN TAHUNAN

KEJOHANAN OLAHRAGA SKTTA2  KALI KE 14
(19 JUN 2014)   


PERASMIAN

- Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik
- Yang berusaha,En, Zainudin bin Kasmani ,Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2
- Yang dihormati, En Mahfodz bin A. Hamid,YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2,
- En Mohd Khusairy b Ahmad Rashid,Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Pn Hjh Sadiah b. Kipli, Guru Penolong Kanan 1
- Pn. Saliha bt Jaafar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

- Pegawai-pegawai kejohanan sukan,
- Guru-guru SK Tmn Tun Aminah 2
- AJK PIBG SK Tmn Tun Aminah 2
- Tuan-tuan dan puan-puan, ibu-bapa yang dihormati
- seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian


Assalamulaikum w.t.k. ,  salam sejahtera, salam hormat dan selamat datang, ke Majlis Kejohanan Olahraga, SK Tmn Tun Aminah 2 kali ke 15 ,  tahun 2014. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah  kurnianya,  maka, dapat kita sama-sama menghadirkan diri, dan memeriahkan lagi, temasya kejohanan olahraga  SK Tmn Tun Aminah 2 kali ke 15  tahun 2014.

Tanpa melengahkan  masa lagi, marilah sama-sama, kita menyaksikan, upacara perarakan masuk bendera, peserta kejohanan sukan, dan pasukan unit-unit beruniform. Dipersilakan.

Mendahului perarakan ini  ialah,  pasukan yang membawa bendera kejohanan olahraga kali ke 15. Bendera  kejohanan ini telah dibawa oleh seramai 4 orang ahli KRS yang  terdiri daripada,
a)
b)
c)
d)

Menyusul di belakang bendera kejohanan adalah, perarakan masuk peserta-peserta  rumah sukan. Mendahului perarakan  rumah sukan adalah, peserta perbarisan dari pasukan rumah Merah. Pasukan ini diketuai oleh ……………………………….. Guru  ketua  rumah Merah ialah  En. ……………………………………

Seterusnya, bergerak  lintas hormat ketika ini adalah,  peserta perbarisan dari pasukan rumah  Hijau. Pasukan ini diketuai oleh, ……………………………......., manakala guru ketua rumah Hijau, ialah En. …………………………….

Menyusul di belakang ialah, pasukan dari rumah Kuning. Perbarisan rumah ini diketuai oleh …………………………………., manakala  guru ketua  rumah  Kuning ialah …………………………………..

Seterusnya , adalah perbarisan dari pasukan rumah  Biru. Perbarisan rumah ini diketuai oleh
…………………………………., manakala, guru  ketua  rumah Biru ialah  En. Mohd Asyraq Bin Yusof.

Berikut pula, adalah perarakan masuk pasukan daripada unit-unit beruniform. Dimulakan  dengan pasukan Bulan Sabit  Merah Malaysia. Pasukan ini diketuai oleh …………………………………..

Seterusnya, dengan penuh semangat dan bergaya adalah  pasukan dari unit beruniform  Tunas Puteri. Pasukan ini diketuai oleh ………………………………………

Berbaris ayu dan penuh sopan, inilah dia, puteri-puteri dari pasukan Puteri Islam. Pasukan ini diketuai oleh  …………………………………….

Seterusnya, adalah pasukan Pengakap. Pasukan Pengakap ini diketuai oleh …………………………………………….

Begitulah tadi perbarisan peserta-peserta dari pasukan rumah-rumah sukan dan unit-unit beruniform. Mereka  ini akan mengambil tempat di tengah padang untuk acara seterusnya.

Sekarang, majlis  menjemput, ………………………………………  untuk membacakan doa moga majlis kita ini diberkati  Allah swt.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz.

Hadirin dan hadirat yang berbahgia,

Marilah  sama-sama kita mengalihkan pandangan ke tengah padang sekarang, kerana sebentar lagi akan berlangsungnya, upacara  menaikkan bendera kejohanan.
Majlis,  mempersilakan pasukan KRS yang diketuai oleh …………………………………………….

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian ,

Sampailah kita,  ke acara melafazkan  ikrar kejohanan olahraga. Untuk tujuan tersebut, marilah kita menyaksikan, dan mendengar lafaz ikrar kejohanan olahraga, yang akan  diketuai oleh …………………………………….. Dipersilakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Marilah, sama-sama kita  mendengar, ucapan daripada En. Zainuddin Bin Kasmani,  Guru Besar SK Tmn Tun Aminah 2. Majlis dengan  segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan  terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

Berikut, majlis mempersilakan, Yang Berbahgia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan  Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2  kali ke 15. Dengan  segala  hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan  terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik. Alhamdulillah, dengan itu, rasmilah sudah, majlis Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2 kali ke 15 tahun 2014.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis menjemput yang YB untuk tampil ke hadapan untuk …………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………..

Hadirin sekalian,

Peserta perbarisan akan  bergerak  dan melakukan perarakan keluar padang sekarang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi merakamkan rasa syukur dan terima kasih  kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik kerana kesudian beliau merasmikan kejohanan olahraga sekolah tahun ini, kami warga kerja SK Tmn Tun Aminah 2  ingin menyampaikan  cenderamata.

Untuk tujuan  itu, majlis  dengan segala hormatnya mempersilakan En Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2 untuk  menyampaikan cenderamata  kepada Yang  Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik.  Dipersilakan.

Sebentar lagi, penyampaian hadiah acara padang akan disampaikan.
Dengan hormatnya, majlis menjemput, En. Zainuddin Bin Kasmani  mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik, bagi menyampaikan hadiah acara  padang yang telah dijalankan. Dipersilakan.

(lihat senarai nama pemenang)

Majlis mengucapkan  terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik.

Seterusnya, majlis menjemput, Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A. Malik  dengan diiringi  En. Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2, Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashi , Guru  Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Sadiah bt Kipli, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Saliha bte Jaafar, Guru  Penolong Kanan  Hal Ehwal Murid, Encik En Mahfodz bin A. Hamid YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2 dan AJK PIBG,  ke  kantin untuk  menjamu selera.

ACARA DIJALANKAN

Hadirin sekalian,

Seketika nanti acara-acara sukan akan dimulakan.
Perhatian kepada pegawai-pegawai pertandingan, dipersilakan mengambil tempat  di padang kerana sebentar lagi acara olahraga akan segera dipertandingkan.

Acara akan dimulakan dengan : ( lihat buku program)

            * 100 meter (P9, L9, P10, L10, P11, L11, P12, L12)
            * 80 meter Pra Sekolah (L&P)
            * 80 meter Lari Berpagar (P11, L11, P12, L12)
            * 4 x 50 meter (Pra Sekolah,Tahun 1, Tahun 2)
            * 200 meter (P10, L10, P12, L12)
            * 4 x 100 meter (P10, L10, P12, L12)
* 4 x 200 meter (P10, L10, P12, L12)
            * Acara ibubapa dan pegawai (L&P)

100meter akhir perempuan B
100meter akhir lelaki  B
100meter akhir perempuan A
100meter akhir lelaki   A
100meter akhir perempuan C (tahun 6)
100meter akhir lelaki C (tahun 6)

Hadirin sekalian,
Sebentar lagi, kita akan  melihat  telatah  peserta-peserta  cilik  dalam acara 80meter. Mereka  terdiri daripada murid-murid Pra Sekolah.

Acara diteruskan dengan

80meter akhir lari berpagar perempuan (  )
80meter akhir lari berpagar lelaki (  )
80meter akhir lari berpagar perempuan (  )
80meter akhir lari berpagar lelaki (  )

Hadirin sekalian,
Sebentar lagi akan berlangsungnya acara 4 x 50meter bagi murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2. Acara dimulakan dengan 4x50meter akhir prasekolah. Seterusnya, 4x50meter akhir murid Tahun 1. Seterusnya 4 x 50meter akhir Tahun 2.

Hadirin sekalian,

Acara akan diteruskan lagi dengan :( lihat buku program)

200 meter akhir perempuan bawah 10
200 meter akhir  lelaki  bawah 10
200 meter akhir perempuan  bawah 12
200 meter akhir perempuan  bawah 12

Hadirin sekalian,

Acara akan diteruskan lagi dengan :( lihat buku program)

4 x 100 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 12

4 x 200 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 12

PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan,puan-puan, dan hadirin sekalian
Sebentar lagi, acara penyampaian hadiah akan dimulakan.
Perhatian kepada semua  peserta, kalian  dikehendaki berkumpul di tengah-tengah padang bersama guru ketua rumah masing-masing.

Dengan hormatnya, majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashid,
Guru Penolong  Kanan Kokurikulum mengiringi En Mahfodz bin A. Hamid, YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(lihat senarai nama pemenang)

100meter akhir perempuan B
100meter akhir lelaki  B
100meter akhir perempuan A
100meter akhir lelaki   A
100meter akhir perempuan C (tahun 6)
100meter akhir lelaki C (tahun 6)

80meter akhir lari berpagar perempuan (  )
80meter akhir lari berpagar lelaki (  )
80meter akhir lari berpagar perempuan (  )
80meter akhir lari berpagar lelaki (  )

200 meter akhir perempuan bawah 10
200 meter akhir  lelaki  bawah 10
200 meter akhir perempuan  bawah 12
200 meter akhir perempuan  bawah 12
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih 

Seterusnya,majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengiringi Pn Hjh Sadiah bt Kipli Guru Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

4 x 100 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 12

4 x 200 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 12
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih 

Tuan-tuan, puan-puan, dan hadirin sekalian

Dengan hormatnya, majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashid, Guru Penolong  Kanan Kokurikulum mengiringi Encik  Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2  untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

  1. 80meter Pra sekolah :   tempat pertama-
tempat  kedua-
tempat  ketiga-


  1. 4x50meter Pra Sekolah :           tempat pertama-
tempat  kedua-
tempat  ketiga-

  1. 4x50meter Tahun 1 :     tempat pertama-
tempat  kedua-
tempat  ketiga-

  1. 4x50meter Tahun 2 : tempat pertama-
tempat  kedua-
tempat  ketiga-

Hadirin Sekalian,

  1. Pertandingan hiasan rumah sukan tercantik disandang oleh………………………………….

  1. Piala Pusingan Perbarisan Terbaik Kejohanan Olahraga Tahunan SK Taman Tun Aminah 2  disandang oleh _________________________________

  1. Piala Pusingan Terbaik Keseluruhan Kategori B Kejohanan Olahraga  SK Taman Tun Aminah 2 sumbangan  ________________________________________________ disandang oleh______________________________________________________

  1. Piala Pusingan Terbaik Keseluruhan Kategori C Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2  sumbangan  ________________________________________________ disandang oleh______________________________________________________

  1. Olahragawan bagi tahun 2014 jatuh kepada_______________________________________

  1. Olahragawati bagi tahun 2014 jatuh kepada_______________________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih 

ACARA PENUTUP

Sebelum mengakhiri majlis Kejohanan  Olahraga SK Taman Tun Aminah 2 kali ke 14, pihak sekolah mengucapkan ribuan  terima kasih  kepada :

1. Jabatan Pelajaran Negeri Johor
2. Pejabat Pelajaran Daerah Johor
3. Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah merangkap Setiausaha Politik Menteri Johor
4. En Mahfodz bin A. Hamid,YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2,
Serta
5. Penyumbang-penyumbang;
     -PIBG SKTTA2
     -Persatuan  Taekwando ITF
6. Guru-guru dan kakitangan SKTTA2
7. Ibu bapa murid SKTTA2
8. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini

Bagi mengakhiri majlis kejohanan ini,hadirin semua diminta berdiri  untuk menyanyikan lagu Negara Ku.

Dengan ini,majlis kejohanan  sekolah  kita berakhir.
Sebelum bersurai,bersama-samalah kita membuat sorakan Hep! Hep! Horray! sebanyak 3 kali,

Sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan.











KERTAS KERJA HARI KANAK-KANAK



KERTAS KERJA

HARI KANAK-KANAK
SK TAMAN TUN AMINAH 2,
2014


TARIKH                        : 19 OKTOBER 2014
HARI                             : AHAD
MASA                           : 7.30 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT                      : DATARAN KEJAT SKTTA 2
ANJURAN                    : UNIT HEM
 SK TAMAN TUN AMINAH 2

1.0   PENGENALAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai  satu hari bagi persaudaraan Dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak. Malaysia adalah diantara 150 buah negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhaap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap tahun.

2.0   MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan, kebajikan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

3.0   OBJEKTIF
3.1   Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.
3.2   Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3   Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.
3.4   Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5   Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6   Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian cemerlang serta berwibawa.

4.0   KUMPULAN SASARAN
Semua murid SK Taman Tun Aminah 2

5.0   TARIKH PELAKSANAAN
19 Oktober 2014

6.0   TEMPAT
Dataran kejat SK Taman Tun Aminah 2
7.0   CADANGAN PELAKSANAAN

7.15 pagi        :  Semua murid dan guru berkumpul di dataran sekolah.
                      Guru mengambil kedatangan murid
7.30 pagi        :  Ketibaan Tuan Guru Besar dan barisan Guru Penolong Kanan
                      Ucapan  alu-aluan pengerusi majlis
                      Nyanyian lagu Bangsa Johor
                      Nyanyian lagu Sekolah
   Bacaan doa oleh Mohd Syafiq (6B)
   Ucapan wakil murid
   Ucapan dan perasmian oleh  Guru Besar
   Senamrobik berirama
8.30 pagi        :  Murid Tahun 1 & Tahun 2 (bergerak ke dewan)
                           -        Pertandingan mewarna
   Murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6 (bergerak ke padang)
                      -        Balut murid dengan surat khabar
                      -        Susun cawan plastik
                      -        Ambil kacang tanah dengan chopstick
                      -        Lari dalam guni
                      -        Minum susu botol
                      -        Isi air dalam botol guna tangan
                      -        Cari kismis dalam tepung
                      -        Bola beracun
                      Permainan dalaman (kantin)
-         Congkak
-         Chess
-         Dam aji
-         Dam ular
-         Sahiba
9.25 pagi        :  Rehat murid tahap 1
9.55 pagi        :  Murid tahap 1 bergerak masuk ke dalam dewan
                           Rehat murid tahap 2


10.25 pagi     :  Acara penutup (murid tahap 2 bergerak masuk ke dalam dewan)
   Persembahan nyanyian oleh murid  
                      Deklamasi sajak dan syair oleh murid
                      Penyampaian hadiah
                      Penyampaian anugerah Tokoh Kanak-kanak 2014
                      Cabutan nombor bertuah murid
                      Nyanyian Lagu Negaraku

8.0    JAWATANKUASA INDUK

Penasihat     : En. Zainudin Bin Kasmani
                       (Guru Besar SKTTA2)
Pengerusi     : Pn.Saliha binti Ja’afar
                       (GPK HEM SKTTA2)
N/Pengerusi  : Pn.Hjh Sadiah binti Kipli
                       (GPK Pentadbiran)
                        En.Mohd Khusairy b Ahmad Rashid
                        (GPK KOKO)
Penyelaras    : Pn. Nor Haziqah bte Rosli

JAWATANKUASA KERJA

Juruacara Majlis                   :  En. Mohd Firdaus bin Othman
                                                  Cik Siti Farhanee bt Yusof
Brosur                                    :  Pn. Siti Aisyah bt Karponan
Bacaan Doa                          : Muhammad Syafiq bin Ibrahim (6B)
P.A Sistem                            : En. Md Noh bin Sulaiman
                                                  En. Mohd. Hafiz bin Yusof
Jurugambar                          :  En. Mohd Farhan Firdaus bin Borhan
Gimik Majlis Perasmian      :  Pn. Noor Azura bt Amat Pala
                                                  Cik Premaa a/p Ramamurthy
                                                  En. Khairul Nizam bin Md Sor
Anugerah Tokoh                  :   Pn. Irene Rachael         
                                                  Pn. Rohaya bt Husain
                                                  Pn. Hazizah bt Mohamed Zin
Cenderahati Murid              :  Cik Firdaus Hanim bt Bahari
                                                  Pn. Adibah bt Amin   
                                                  Cik Salwa bt Osman
Hadiah Pertandingan         :   Pn. Noor Yuslinda bt Md. Said
                                                  Pn. Noridayu bt Bahrom
                                                  Pn. Mazlina bt Mahmood
Cabutan Bertuah                 :  Cik Mastura bt Yakop
                                                  Pn. Sarimah bt Sarman
                                                  Pn. Nujaimi bt Mohd Ali
Persiapan Tempat               :  En. Yazid bin Saupian
                                                  En. Tan Shean Horng
                                                  En. Anwar Fathi bin Burhanuddin
                                                  En. Mohd Farhan Firdaus bin Borhan
Persembahan Murid           :   Pn. Haffiza Noor bt Samad
                                                  Pn. Noor Erwina bt Mian
Senamrobik Berirama         : En. Mohd Asyraq bin Md Yusof
Pengelola Sukaneka          :   En. Mohd. Hafiz bin Yusof (padang)
                                                  En. Mohd Zaini bin Zakaria 
                                                  En. Alias bin Yaacob
                                                  Pn. Salwana bt Samad
                                                  Pn. Haslinda bt Jamaluddin
 Pengelola Permainan        :  Pn. Mazrina bt A Rahman (kantin)
 Dalaman                                 Pn. Anitha a/p Ramiah
                                                  Pn. Roshayati bt Muhammad
Pengelola Pertandingan    :   Pn. Siti Fatimah Nurul Naim bt Hussin (dewan)
Mewarna                                  En. Ibrahim bt Sulaiman
                                                  Pn. Norazimah bt Jaminon
Kawalan Murid                     :  Semua guru Kumpulan 3
                                                  Guru-guru Rumah Sukan
                                   
9.0    ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
1
Anugerah Tokoh :
·         Selempang Tokoh Kanak-kanak
- Tokoh Akademik Lelaki & Perempuan
- Tokoh Kokurikulum Lelaki & Perempuan
- Tokoh Sahsiah Lelaki & Perempuan
 
·         Piala Tokoh Kanak-kanak
- Tokoh Akademik Lelaki & Perempuan
- Tokoh Kokurikulum Lelaki & Perempuan
- Tokoh Sahsiah Lelaki & Perempuan
·         Party splash bomb
·         Belon

Jumlah

6 helai x RM 50 = RM 300




6 helai x RM 50 = RM 300



2 set x RM 8 = RM 16
2 set x RM 2 = RM 4

RM 620
2
Hadiah dan cenderahati :
·         Hamper sukaneka
(1 set = RM 30)
·         Hamper permainan dalaman
(1 set = RM 30)
·         Hadiah mewarna
(1 set = RM 10)
·         Sagu hati mewarna
(1 set = RM 5)
·         Hamper hadiah keseluruhan
(1 set = RM 100)
·         Cenderahati kepada murid
     (1 set cenderahati = RM 2)
Jumlah

8 set x RM 30 = RM 240

5 set x RM 30 = RM 150

9 set x RM 10 = RM 90

15 set x RM 5 = RM 75

4 set x RM 100 = RM 400

800 set x RM 2 = RM 1600

RM 2555
3
Lain-lain :
·         Soletape
·         Cawan plastik
·         Chopstick
·         Tepung gandum
·         Kismis

Jumlah

4 set x RM0.50 = RM 2
4 set x RM 3 = RM 8
4 set x RM 3 = RM 8
4 set x RM 1.60 = RM 6.40
4 set x RM 2.00 = RM 8

RM 32.40


JUMLAH

RM 3207.40


10.0PENUTUP


Diharapkan agar Program Sambutan Hari Kanak-Kanak  bagi tahun 2014  ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif yang telah digariskan.