Friday, August 29, 2014

KERTAS KERJA PROGRAM PEMANTAPAN PENGAWAS

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN
PENGAWAS
SK TAMAN TUN AMINAH 2, 2014


1.0         PENDAHULUAN

Pengawas merupakan salah satu jawatan yang ditubuhkan dalam kalangan murid supaya mencungkil bakat kepimpinan mereka sejak di bangku sekolah lagi. Murid-murid yang dilantik perlu menjalankan tugas dan amanah seperti yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pemilihan Pengawas juga adalah berdasarkan pencalonan yang dibuat oleh guru-guru, barisan guru penolong kanan dan guru besar. Sebagai pemimpin murid, adalah wajar bagi pengawas-pengawas menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain. Justeru itu, unit pengawas telah merangka beberapa program sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian sepanjang tahun ini.


2.0       MATLAMAT
            2.1       Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas
2.2       Memurnikan tugas harian pengawas khususnya di sekolah
2.3       Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid
           
3.0       OBJEKTIF PROGRAM
3.1       Melahirkan pengawas yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas.
3.2       Dapat menanangi masalah displin murid-murid yang lain.

4.0       KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi program ini adalah 77 orang pengawas SK TamanTun Aminah 2.

5.0       SUMBER TENAGA
            Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
            AJK Guru Pengawas
            AJK Guru Displin
            Semua guru

6.0       TARIKH PELAKSANAAN
            Tarikh yang dicadangkan ialah sepanjang tahun 2014.

7.0       TEMPAT
            Kawasan sekolah.

8.0       JAWATANKUASA

Pengerusi                 : En. Zainudin Bin Kasmani  (Guru Besar SKTTA 2)
N. Pengerusi             : Pn. Saliha Bt Ja’afar  (GPK Hal Ehwal Murid SKTTA 2)
Penyelaras                : Pn. Nor Haziqah Bte Rosli
Jawatankuasa          : En. Khairul Nizam Bin Md Sor
                                      En. Mohd Asyraq Bin Yusof
                                      Pn. Nujaimi Binti Mohd Ali
                                      Pn. Noridayu Binti Bahrom         

9.0       PERANCANGAN AKTIVITI

BIL
AKTIVITI
JANGKA MASA
1
Perjumpaan mingguan pengawas
Jamuari - November
2
Kursus asas kepimpinan siri 1/2014
Januari
3
Raptai Majlis Pelantikan Pengawas/Ketua Kelas/Polong Ketua Kelas/Pengawas Pusat Sumber/ AJK Kokurilum
Januari
4
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas/Ketua Kelas/Polong Ketua Kelas/Pengawas Pusat Sumber/ AJK Kokurilum
Januari
5
Kursus asas Kepimpinan siri 2/2014
April
6
Perjumpaan pengawas bersama Guru Besar
Jun
7
Surat Lantikan Pengawas 2015
Oktober
8
Pemilihan AJK Tertinggi Pengawas 2015
Oktober
9
Lawatan
November
10
Anugerah Pengawas Cemerlang
November
11
Gotong royong
November


10.0    PENUTUP


Ketrampilan pengawas mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid SK Taman Tun Aminah 2 yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program, yang telah direncanakan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment