INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN.
KERTAS
KERJA :
KARNIVAL PERMAINAN
TRADISIONAL
IPG KAMPUS
DARULAMAN
DIKEMUKAKAN
OLEH :
PISMP SN/PJ/BI
SEMESTER 5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.
TARIKH :
9 MAC 2011
TEMPAT :
PADANG
IPG KAMPUS DARULAMAN
JABATAN
BERTANGGUNGJAWAB :
JABATAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG
KAMPUS DARULAMAN
ISI KANDUNGAN
1.0 Butiran projek
2.0 Pengenalan
3.0 Rasional pertandingan
4.0 Kepentingan
5.0 Objektif
6.0 Perancangan
7.0 Pelaksanaan karnival
8.0 Tempoh aktiviti
9.0 Tempat
10.0 Aturcara
11.0 Jawatankuasa Induk Karnival Permainan Tradisional Ipg Kampus Darulaman
12.0 Penyertaan
13.0 Anggaran kewangan
14.0 Peralatan dan kemudahan
15.0 Penutup
KERTAS KERJA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.
1.0
BUTIRAN PROJEK
1.1 Nama Projek : Karnival Permainan Tradisional
1.2 Penganjur : PISMP
SN/PJ/BI (Semester 5)
1.3 Tarikh :
9 Mac 2011
1.4 Tempat :
Padang IPG Kampus Darulaman
1.5 Penyertaan : PPISMP SEM 2
2.0
PENGENALAN
Malaysia
merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan
tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh
masyarakat malaysia. Permainan
tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu
masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum
mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing. Permainan
tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan
dewasa. Permainan tradisional yang dipilih oleh kami ialah tuju tin, sepak raga
bulatan, rebut negeri, guli dan kabadi.
3.0
RASIONAL PERTANDINGAN
3.1
Penganjuran karnival
permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.
3.2
Penganjuran karnival
ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan
pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.3
Selain itu, nilai
kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat
dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival
ini.
3.4
Kecerdasan dan
kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang
benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah
melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial,
sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti
pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan
mental.
3.5
Selain itu, karnival
ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta
terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh
masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.
3.6
Berdasarkan
kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP SN/PJ/BI semester 5 berusaha
menyediakan satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat
merealisasikan kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru
yang berketrampilan.
4.0
KEPENTINGAN
4.1
Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali
budaya kaum lain kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan
menggambarkan corak kehidupan masyarakat tersebut.
4.2
Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang
tinggi kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang
memilikinya.
4.3
Karnival
permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru
pelatih untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin
dilupakan.
4.4
Kepentingan penganjuran karnival seumpama
ini dapat membantu membangunkan dan
meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap
guru-guru pelatih.
4.5
Selain itu, karnival ini juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-guru
pelatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan
dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan tepat.
4.6
Penganjuran karnival ini, mampu menyemai
budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap guru pelatih. Perkara
yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
5.0
OBJEKTIF
5.1
Memenuhi syarat
kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2009.
5.2
Memberi peluang
kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan dan
pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah
kelak.
5.3
Menimba ilmu
pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.
5.4
Mendapat gambaran
dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan permainan dari
pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.
5.5
Mendapat
pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran
aktiviti kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.
5.6
Memupuk kerjasama
dan keyakinan diri yang tinggi terutama
ketika mengendalikan kejohanan olahraga seperti ini.
5.7
Membina kerjasama
dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam institut atau pihak
luar.
5.8
Melahirkan para
insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial
dan intelek.
6.0
PERANCANGAN
6.1
Melantik
Jawatankuasa Induk.
6.2
Menentukan bidang tugas.
6.3
Perancangan kertas kerja.
6.4
Membuat anggaran
perbelanjaan.
6.5
Mengenalpasti dan
meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat,
padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan
dokumentasi, pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.
6.6
Menentukan masa
pertandingan.
6.7
Post-mortem bersama AJK Induk.
7.0
PELAKSANAAN KARNIVAL
7.1 Mengadakan perbincangan secara tidak
formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dengan pensyarah penasihat
yang terlibat dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.
7.2 Menetapkan agenda
mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).
7.3 Mesyuarat antara JK
Induk dan mesyuarat JK Induk bersama para pensyarah penasihat
yang terlibat dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.
7.4
Hebahan mengenai
permainan tradisonal yang dipertandingkan,
melalui medium yang sesuai.
7.5 Menentukan
pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti
Hospital Jitra, St. John dan PBSM.
8.0
TEMPOH AKTIVITI
8.00 pagi – 5.00 petang
9.0
TEMPAT
Padang
IPG Kampus Darulaman.
10.0 ATURCARA
8.00 pagi : Pendaftaran
peserta
8.30 pagi : Senam seni
9.00 pagi : Pertandingan
Permainan Tradisional
-
Guli
-
Rebut negeri
-
Kabadi
1.00 petang : Rehat
2.00 petang : Pertandingan Permainan Tradisional
-
Sepak raga
bulatan
-
Tuju tin
4.30 petang : Majlis penutupan dan penyampaian
hadiah
5.00 petang : Bersurai
11.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS
DARULAMAN
Pengerusi : Muhammad Zahhar Bin Mohd Hatta
Naib. Pengerusi : Nur Wahida Bt Omar
Setiausaha : Nor Haziqah Bte Rosli
Naib Setiausaha : Nur Hanis Hafiza Bt Abu Hassan
Bendahari : Ahmad Abdul Zarif Bin Idris
AJK Urusetia : 1. Siti Yuhanis Binti
Mohd Yusri
2. Nornabilah Binti Mansor
AJK Teknik : 1. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor
2. Muhammad Firdaus Bin Ramli
3. Zuraida Binti Hasan
4. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab
5. Nisha A/P Arikrishnan
AJK Peralatan
dan persiapanTempat : 1.
Shamshul Aulia Bin Yunus
2. Nurazilah Bt Mat Hussin
3. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor
AJK Hadiah, Cenderamata
dan
Sijil :
1. Mohd Farhan Bin Mohammad Fishoul
2. Nurhidayah Bt Bedah
3.
Muhammad Firdaus Bin Ramli
AJK
Publisiti dan
Dokumentasi
: 1. Muhammad
Hibatul Hakimi Bin Yosri
2. Norjuliana Bt Shahabuddin
3.
Nisha A/P Arikrishnan
AJK
Tugas Khas : 1. Noor
Ashikin Binti Othman
2. Aqilah Binti Abu Seman
3. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab
AJK
Kebersihan,
Keselamatan
dan Pertolongan Cemas : 1. Nur
Hasyimah Binti Abdul Aziz
2. Nur Zafirah Binti Mohd Zakari
3.
Zuraida Binti Hasan
12.0 PENYERTAAN
Sila lihat lampiran A
13.0 PERALATAN
DAN KEMUDAHAN
Dipinjam
dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO
dan Stor IPG Kampus
Darulaman .
14.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Sila
lihat lampiran B .
15.0 PENUTUP
Akhir
sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan
permainan tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping
dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh untuk
diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan dari pihak tuan agar permohonan untuk
menjalankan Karnival Permainan Tradisional
ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk
melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan dan seimbang dari aspek
fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.
|
Anggaran Kewangan
ITEM ANGGARAN JUMLAH
1.
Elaun makanan dan minuman RM 10 x
22 RM 220.00
2.
Peserta
-
Air minuman 200
botol
3.
Alatan
- Fail IPDA (10 keping x 22)
-Manila kad (20 keping)
-White board pen (1 kotak)
-Pen urusetia (15 batang)
-Pen marker (1 kotak)
-Kertas A4 berwarna(Kuning) (1 unit)
-Kertas A4 (1 unit)
-Double tape (3 unit)
-Pita selofen (3 unit)
-Tali tag nama (22 unit)
-Kertas laminating (1 kotak)
-Plastiksampah (1 unit)
-Plastik pembalut hamper (30 keping)
-Ribenkecil (2 gulung)
-Pita selofon (10 gulung)
-Envelope saiz A4 (20 keping)
-Riben besar (10 gulung)
-Sijil (200 keping)
terima kasih atas pengkongsian anda, ia banyak membantu saya dalam tugasan saya, 10s! ^^
ReplyDeletetak rugi berkongsi ilmu...;p
Deletesaya amik sebagai rujukan :) tq dear
ReplyDeleteCool and that i have a dandy provide: Who Does Renovations luxury home renovations
ReplyDelete