Thursday, November 3, 2011

Laporan Pameran Sains dan Matematik (Praktikum Fasa 1 - SK Jitra 3, Kedah)

LAPORAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2011


Minggu Sains dan Matematik telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 10 April hingga 14 April 2011. Program ini merupakan anjuran bersama panitia Sains, panitia Matematik dan guru-guru praktikum major Sains dan Matematik sebagai memenuhi syarat berpraktikum.
Perasmian Minggu Sains dan Matematik pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Perasmian bertempat di tapak perhimpunan sekolah dan Encik Abdul Rahman b Ahmad, selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum telah merasmikan Minggu Sains dan Matematik. Sebagai gimik perasmian, Encik Abdul Rahman bin Ahmad memotong tali yang mengikat empat puluh biji belon yang di isi dengan gas helium dan memotong riben yang mengikat kain rentang. Tema bagi Minggu Sains dan Matematik ialah ‘Explore the Wonders of Science and Mathematics’.
Sejurus selepas perasmian oleh En. Abd Rahman bin Ahmad, murid-murid dari kelas 4 English telah menyampaikan persembahan bertajuk ‘Stop that Noise’ bersempena Minggu Sains dan Matematik. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar perasmian Minggu Sains dan Matematik. 










           Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya Minggu Sains dan Matematik. Antaranya ialah pameran Sains dan Matematik yang diadakan di Bilik Sains 2, kuiz Sains dan Matematik yang diadakan pada setiap hari sewaktu perhimpunan pagi, pertandingan meneka harga hamper, pertandingan meneka jumlah kacang pertandingan buku skrap bagi murid-murid tahap dua. dan pertandingan mencari benda tersembunyi bagi murid-murid tahap satu.
Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung ke Bilik Sains 2. Pameran tersebut adalah berkenaan dengan pengawetan basah, pengawetan kering, herbarium, cara penggunaan mikroskop, ujian kertas litmus, dan pelbagai aktiviti yang menguji minda seperti menyeimbangkan dua biji garfu di atas mulut cawan dengan menggunakan sebatang mancis, menyeimbangkan tin pada sudut 450 , mendirikan straw dan ‘shining star’ iaitu mencantumkan sepuluh batang mancis menjadi bentuk bintang di dalam dulang yang berisi air dan melihatnya berkembang daripada bintang yang kuncup. Berikut merupakan gambar-gambar sekitar pameran. 









No comments:

Post a Comment