KEJOHANAN OLAHRAGA SKTTA2 KALI KE 14
(19 JUN 2014)
PERASMIAN
- Yang Berbahagia
Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik
- Yang berusaha,En,
Zainudin bin Kasmani ,Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2
- Yang dihormati, En Mahfodz
bin A. Hamid,YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2,
- En Mohd Khusairy
b Ahmad Rashid,Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Pn Hjh Sadiah b.
Kipli, Guru Penolong Kanan 1
- Pn. Saliha bt
Jaafar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Pegawai-pegawai
kejohanan sukan,
- Guru-guru SK Tmn
Tun Aminah 2
- AJK PIBG SK Tmn
Tun Aminah 2
- Tuan-tuan dan
puan-puan, ibu-bapa yang dihormati
- seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian
Assalamulaikum
w.t.k. , salam sejahtera, salam hormat
dan selamat datang, ke Majlis Kejohanan Olahraga, SK Tmn Tun Aminah 2 kali ke
15 , tahun 2014. Alhamdulillah bersyukur
kita ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnianya, maka, dapat kita sama-sama menghadirkan diri,
dan memeriahkan lagi, temasya kejohanan olahraga SK Tmn Tun Aminah 2 kali ke 15 tahun 2014.
Tanpa
melengahkan masa lagi, marilah sama-sama,
kita menyaksikan, upacara perarakan masuk bendera, peserta kejohanan sukan, dan
pasukan unit-unit beruniform. Dipersilakan.
Mendahului perarakan ini ialah, pasukan yang membawa bendera kejohanan
olahraga kali ke 15. Bendera
kejohanan ini telah dibawa oleh seramai 4 orang ahli KRS yang terdiri daripada,
a)
b)
c)
d)
Menyusul di belakang bendera kejohanan adalah, perarakan masuk
peserta-peserta rumah sukan. Mendahului perarakan
rumah sukan adalah, peserta perbarisan
dari pasukan rumah Merah. Pasukan ini diketuai oleh ……………………………….. Guru ketua
rumah Merah ialah En.
……………………………………
Seterusnya, bergerak lintas
hormat ketika ini adalah, peserta
perbarisan dari pasukan rumah Hijau.
Pasukan ini diketuai oleh, ……………………………......., manakala guru ketua rumah Hijau,
ialah En. …………………………….
Menyusul di belakang ialah, pasukan dari rumah Kuning. Perbarisan
rumah ini diketuai oleh …………………………………., manakala guru ketua
rumah Kuning ialah …………………………………..
Seterusnya , adalah perbarisan dari pasukan rumah Biru. Perbarisan rumah ini diketuai oleh
…………………………………., manakala, guru
ketua rumah Biru ialah En. Mohd Asyraq Bin Yusof.
Berikut pula, adalah perarakan masuk pasukan daripada unit-unit
beruniform. Dimulakan dengan pasukan
Bulan Sabit Merah Malaysia. Pasukan ini
diketuai oleh …………………………………..
Seterusnya, dengan penuh semangat dan bergaya adalah pasukan dari unit beruniform Tunas Puteri. Pasukan ini diketuai oleh ………………………………………
Berbaris ayu dan penuh sopan, inilah dia, puteri-puteri dari pasukan
Puteri Islam. Pasukan ini diketuai oleh …………………………………….
Seterusnya, adalah pasukan Pengakap. Pasukan Pengakap ini diketuai
oleh …………………………………………….
Begitulah tadi perbarisan peserta-peserta dari pasukan rumah-rumah
sukan dan unit-unit beruniform. Mereka
ini akan mengambil tempat di tengah padang untuk acara seterusnya.
Sekarang, majlis menjemput, ………………………………………
untuk membacakan doa moga majlis kita
ini diberkati Allah swt.
Terima kasih diucapkan kepada ustaz.
Hadirin dan hadirat yang berbahgia,
Marilah sama-sama kita
mengalihkan pandangan ke tengah padang sekarang, kerana sebentar lagi akan
berlangsungnya, upacara menaikkan bendera
kejohanan.
Majlis, mempersilakan pasukan
KRS yang diketuai oleh …………………………………………….
Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian ,
Sampailah kita, ke acara
melafazkan ikrar kejohanan olahraga. Untuk
tujuan tersebut, marilah kita menyaksikan, dan mendengar lafaz ikrar kejohanan
olahraga, yang akan diketuai oleh ……………………………………..
Dipersilakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Marilah, sama-sama kita mendengar,
ucapan daripada En. Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK Tmn Tun Aminah 2. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Tuan Guru Besar.
Berikut, majlis mempersilakan, Yang Berbahgia Tn Hj Muhammad Khairi
bin A.Malik untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2 kali ke 15. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik. Alhamdulillah,
dengan itu, rasmilah sudah, majlis Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2
kali ke 15 tahun 2014.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Majlis menjemput yang YB untuk tampil ke hadapan untuk …………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………..
Hadirin sekalian,
Peserta perbarisan akan
bergerak dan melakukan perarakan
keluar padang
sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi
bin A.Malik kerana kesudian beliau merasmikan kejohanan olahraga sekolah tahun
ini, kami warga kerja SK Tmn Tun Aminah 2
ingin menyampaikan cenderamata.
Untuk tujuan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En
Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik. Dipersilakan.
Sebentar lagi, penyampaian hadiah acara padang akan disampaikan.
Dengan hormatnya, majlis menjemput, En. Zainuddin Bin Kasmani mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad
Khairi bin A.Malik, bagi menyampaikan hadiah acara padang yang telah dijalankan. Dipersilakan.
(lihat senarai nama pemenang)
Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik.
Seterusnya, majlis menjemput, Yang Berbahagia Tn Hj Muhammad Khairi
bin A. Malik dengan diiringi En. Zainuddin Bin Kasmani, Guru Besar SK
Taman Tun Aminah 2, Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashi , Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Sadiah bt
Kipli, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Saliha bte Jaafar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik En Mahfodz bin A.
Hamid YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2 dan AJK PIBG, ke kantin untuk
menjamu selera.
ACARA DIJALANKAN
Hadirin sekalian,
Seketika nanti acara-acara sukan akan dimulakan.
Perhatian kepada pegawai-pegawai pertandingan, dipersilakan
mengambil tempat di padang kerana
sebentar lagi acara olahraga akan segera dipertandingkan.
Acara akan dimulakan dengan : ( lihat buku program)
* 100 meter (P9,
L9, P10, L10, P11, L11, P12, L12)
* 80 meter Pra
Sekolah (L&P)
* 80 meter Lari
Berpagar (P11, L11, P12, L12)
* 4 x 50 meter (Pra
Sekolah,Tahun 1, Tahun 2)
* 200 meter (P10,
L10, P12, L12)
* 4 x 100 meter
(P10, L10, P12, L12)
* 4 x 200 meter (P10, L10, P12, L12)
* Acara ibubapa dan
pegawai (L&P)
100meter akhir perempuan B
100meter akhir lelaki B
100meter akhir perempuan A
100meter akhir lelaki A
100meter akhir perempuan C (tahun 6)
100meter akhir lelaki C (tahun 6)
Hadirin sekalian,
Sebentar lagi, kita akan
melihat telatah peserta-peserta cilik
dalam acara 80meter. Mereka
terdiri daripada murid-murid Pra Sekolah.
Acara diteruskan dengan
80meter akhir lari berpagar perempuan ( )
80meter akhir lari berpagar lelaki (
)
80meter akhir lari berpagar perempuan ( )
80meter akhir lari berpagar lelaki (
)
Hadirin sekalian,
Sebentar lagi akan berlangsungnya acara 4 x 50meter bagi murid
prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2. Acara dimulakan dengan 4x50meter akhir
prasekolah. Seterusnya, 4x50meter akhir murid Tahun 1. Seterusnya 4 x 50meter
akhir Tahun 2.
Hadirin sekalian,
Acara akan diteruskan lagi dengan :( lihat buku program)
200 meter akhir perempuan bawah 10
200 meter akhir lelaki bawah 10
200 meter akhir perempuan bawah
12
200 meter akhir perempuan bawah
12
Hadirin sekalian,
Acara akan diteruskan lagi dengan :( lihat buku program)
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 12
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 12
PENYAMPAIAN HADIAH
Tuan-tuan,puan-puan, dan hadirin sekalian
Sebentar lagi, acara penyampaian hadiah akan dimulakan.
Perhatian kepada semua
peserta, kalian dikehendaki
berkumpul di tengah-tengah padang bersama guru ketua rumah masing-masing.
Dengan hormatnya, majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad
Rashid,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
mengiringi En Mahfodz bin A. Hamid, YDP PIBG untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
(lihat senarai nama pemenang)
100meter akhir perempuan B
100meter akhir lelaki B
100meter akhir perempuan A
100meter akhir lelaki A
100meter akhir perempuan C (tahun 6)
100meter akhir lelaki C (tahun 6)
80meter akhir lari berpagar perempuan ( )
80meter akhir lari berpagar lelaki (
)
80meter akhir lari berpagar perempuan ( )
80meter akhir lari berpagar lelaki (
)
200 meter akhir perempuan bawah 10
200 meter akhir lelaki bawah 10
200 meter akhir perempuan bawah
12
200 meter akhir perempuan bawah
12
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
Seterusnya,majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad Rashid, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum mengiringi Pn Hjh Sadiah bt Kipli Guru Penolong
Kanan Kurikulum untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 100 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 100 meter akhir lelaki bawah 12
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 10
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 10
4 x 200 meter akhir perempuan bawah 12
4 x 200 meter akhir lelaki bawah 12
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
Tuan-tuan, puan-puan, dan hadirin sekalian
Dengan hormatnya, majlis menjemput Encik Mohd Khusairy bin Ahmad
Rashid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
mengiringi Encik Zainuddin Bin Kasmani,
Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2 untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
- 80meter Pra sekolah : tempat pertama-
tempat kedua-
tempat ketiga-
- 4x50meter Pra Sekolah : tempat pertama-
tempat kedua-
tempat ketiga-
- 4x50meter Tahun 1 : tempat pertama-
tempat kedua-
tempat ketiga-
- 4x50meter Tahun 2 : tempat pertama-
tempat kedua-
tempat ketiga-
Hadirin Sekalian,
- Pertandingan hiasan rumah sukan tercantik
disandang oleh………………………………….
- Piala Pusingan Perbarisan Terbaik
Kejohanan Olahraga Tahunan SK Taman Tun Aminah 2 disandang oleh
_________________________________
- Piala Pusingan Terbaik Keseluruhan
Kategori B Kejohanan Olahraga SK
Taman Tun Aminah 2 sumbangan ________________________________________________
disandang oleh______________________________________________________
- Piala Pusingan Terbaik Keseluruhan
Kategori C Kejohanan Olahraga SK Taman Tun Aminah 2 sumbangan
________________________________________________ disandang
oleh______________________________________________________
- Olahragawan bagi tahun 2014 jatuh
kepada_______________________________________
- Olahragawati bagi tahun 2014 jatuh kepada_______________________________________
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
ACARA PENUTUP
Sebelum mengakhiri majlis Kejohanan
Olahraga SK Taman Tun Aminah 2 kali ke 14, pihak sekolah mengucapkan
ribuan terima kasih kepada :
1. Jabatan Pelajaran Negeri Johor
2. Pejabat Pelajaran Daerah Johor
3. Yang Berbahagia
Tn Hj Muhammad Khairi bin A.Malik, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah merangkap
Setiausaha Politik Menteri Johor
4. En Mahfodz bin
A. Hamid,YDP PIBG SK Taman Tun Aminah 2,
Serta
5. Penyumbang-penyumbang;
-PIBG SKTTA2
-Persatuan Taekwando ITF
6. Guru-guru dan kakitangan SKTTA2
7. Ibu bapa murid SKTTA2
8. Mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan ini
Bagi mengakhiri majlis kejohanan ini,hadirin semua diminta
berdiri untuk menyanyikan lagu Negara
Ku.
Dengan ini,majlis kejohanan sekolah
kita berakhir.
Sebelum bersurai,bersama-samalah kita membuat sorakan Hep! Hep!
Horray! sebanyak 3 kali,
Sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan.